Saturday 21 December 2013

Rindu

hati merindukan pencinta
adakah pencinta masih mencinta
atau seperti diri yang mula tertanya
dimana arah kita

jarak keadaaan itu menyakitkan
jarak hati lagi mencengkam
aku memang selalu berteka-teki
apakah sebenarnya keadaan kita kini

sudah ku khabarkan dulu
jangan biarkan tertanya sendiri
jika tiada sudah kasih di hati
aku akan diam dan hilang

jarak keadaan ini mungkin lebih baik
kalau kita dekat mungkin aku lagi gila
aku memang tamak dan pentingkan diri
mahu kau sentiasa di mata dan hati

aku selalu membayangkan kita bersama
kau pelengkap aku dan aku pelengkap kau
kau buat aku gembira
kau juga penyebab lara hati

andai kau jodohku
aku adalah manusia paling bertuah di dunia
aku tidak janjikan kebahagiaan
tapi aku akan sentiasa berada disisimu

dan perlu kau tahu
aku sangat merinduimu

pimpingppemimpi
122113
1.31am

Thursday 21 November 2013

Perasaan

wahai malam
dingin dan suram
aku mula berteka-teki
fikiran kusut asakan bertubi

wahai malam
jiwa tidak ingin tenteram
perasaan apa kah ini?
aku hanya menekan kekunci

aku benci perasaan ini
ini semua bagai mimpi
jiwa kacau membadai fikiran
pergi kau perasaan!

semoga dipermudahkan segala urusan
tahun ini akan berakhir
segera usaikan semua ini
aku mau bersemangat melangkah ke tahun baru.

pimpingpemimpi
112113
10.06pm

Saturday 2 November 2013

Sayang

Kenapa?
Kenapa harus begini sayang.
Adakah kau tidak merasa jarak antara kita?
Atau kau pura-pura tidak mahu tahu?

Jauh
Semakin jauh hati
Aku tidak suka begini
Buat aku rasa sedih
Buat aku rasa ingin pergi

Sayang
Jarak ini menyakitkan
Bukan jarak destinasi
Tapi jarak hati ini
Ia semakin sayup dalam kejauhan

Aku sudah pernah katakan bukan?
Aku tahu kau cuba
Aku tahu kau usaha
Tapi aku tidak dapat rasa

Apa yang aku rasa
Masa akan jelaskan semua
Samada aku menderita perasaan bertahan
Ataupun tunggu kau pergi dan menderita juga


Aku tidak akan pergi
Aku masih sayang
Perasaan sayang itu menahan aku disini
Perasaan sayang itu juga yang memakan diri

Aku sudah pernah katakan
Hati ini tinggal cebisan
Samada bertahan atau pergi
Aku tetap akan kesakitan

Cuma aku pilih sakit bersama
Kerna aku tahu
Kau juga penawar kesedihan
Lara Tari Pencinta

Pimpingpemimpi
1.34am 
110113

Wednesday 23 October 2013

Sebuah Tanya - Soe Hok Gie

Pemimpi jatuh cinta
Pada kata indah secebis puisi
Bait indah dan tajuk yang puitis
Sebuah Tanya karya Soe Hok Gie

Setiap bait penuh makna
Menyentuh perasaan dan membelai jiwa
Syukur diberi kesempatan membaca
Terima kasih atas karya indah ini

Sebuah Tanya-Soe Hok Gie

"akhirnya semua akan tiba
pada suatu hari yang biasa
pada suatu ketika yang telah lama kita ketahui
apakah kau masih berbicara selembut dahulu?
memintaku minum susu dan tidur yang lelap?
sambil membenarkan letak leher kemejaku"

(kabus tipis pun turun pelan-pelan di lembah kasih, lembah mendala wangi
kau dan aku tegak berdiri, melihat hutan-hutan yang menjadi suram
meresapi belaian angin yang menjadi dingin)

"apakah kau masih membelaiku semesra dahulu
ketika ku dekap kau, dekaplah lebih mesra, lebih dekat"

(lampu-lampu berkelipan di jakarta yang sepi, kota kita berdua, yang tua dan terlena dalam mimpinya. kau dan aku berbicara. tanpa kata, tanpa suara ketika malam yang basah menyelimuti jakarta kita)

"apakah kau masih akan berkata, kudengar derap jantungmu.
kita begitu berbeda dalam semua
kecuali dalam cinta?"

(haripun menjadi malam, kulihat semuanya menjadi muram. wajah2 yang tidak kita kenal berbicara dalam bahasa yang kita tidak mengerti. seperti kabut pagi itu)

"manisku, aku akan jalan terus
membawa kenangan-kenangan dan harapan-harapan
bersama hidup yang begitu biru"

Selasa, 1 April 1969

(dipetik daripada Puisi-puisi Soe Hok Gie)


Tuesday 1 October 2013

Sayu

Oktober pertama 2013

Emosi memuncak
Sayu menguasai diri
Bertanyakan pada diri
Apakah rasa sedih dan berat di hati
Sangat berat dan ingin ku nangis sepuasnya
Gagal
Kecewa dan terlelap

Lelap pada waktu yang tidak sepatutnya
Maghrib
Namun mimpi pada waktu itu sangat menyentuh jiwa
Tidak ingin bangun dari tidur
Indah belaka

Walau lari jauh dari rumah
Namun keluarga tetap dirindukan
Tidak sempurna dan penuh konflik
Itu sahaja yang yang aku ada
Racun dan penawar luka
Mampu menjadi diri yang sebenar
Aku rindukan mereka

Pada waktu diri hampir rebah
Mereka datang dalam mimpi membawa kegembiraan
Terima kasih ibu dan adik-adik
Aku tidak pandai meluahkan kasih sayang
Tapi aku tau kamu sedar bahawa aku sayang kamu

Airmata bergenang
Bawa pergi kesedihan dan beban yang menekan perasaan
Aku perlu kekuatan
Untuk ku tempuhi cabaran mendatang

Pimping Pemimpi
10.13pm
100113

Sunday 8 September 2013

Tersedar

Sedar.
Pemimpi bagai ditampar kenyataan.
Sebuah perbualan singkat yang merubah pemikiran.

Pemimpi sentiasa berkata
Benci kepada prejudis
Tapi pemimpi tidak sedar
Hidup ini sentiasa di hantui prejudis

Pemimpi sentiasa yakin
Percaya dan yakin dengan kemampuan diri
Kerana prejudis pada diri
Pemimpi sentiasa hanyut dalam konflik dalaman

Tatkala tersedar
Tidak mahu percaya
Katakan pada diri
Ini semua tidak benar

Tidak mahu terluka dengan kenyataan
Kerana hakikat baru tersedar lebih menyakitkan
Terima kasih perbualan singkat
Pemimpi bermuhasabah


Pimping Pemimpi
090813
1.28am

Tuesday 20 August 2013

Cerita Kita


Kau kata aku pelik
Kau kata kita pelik
Kau juga kata kau unik
Aku diam dan nilaikan

Aku tidak rasa aku pelik
Aku cuma lain daripada yang lain
Tapi itu bukan pelik
Itu adalah diri yang sebenar, penuh konflik

Kita mungkin agak pelik
Kadangkala erti hubungan itu kabur
Aku tidak mahu kau lihat kepura-puraan
Kerana aku mahu kau yang sebenarnya

Kau memang unik
Setiap tingkah dan bicara umpama magis
Kau pencuri hati
Kau lah derita dan kau lah bahagia

Pimping Pemimpi
082013
1.51am

Monday 12 August 2013

Harapan

Pemimpi ingin berfantasi
Ingin melihat salah satu kebesaran tuhan
Hujan meteor
Semoga hajat melihat dengan mata sendiri tercapai

Semua peluang yang pernah ada
Di sia-siakan
Hajat melihat dengan orang tersayang
Tidak kesampaian
Maka
Harapan dengan melihat dengan mata sendiri harap termakbul

Duduk bersantai di beranda rumah
Seorang diri menulis nota ini
Tidak pasti arah yang dilihat adakah benar
Cuma berharap dapat menyaksikan keindahan alam

Mungkin harapan sekadar harapan
Malahan bintang juga tidak kelihatan
Mungkin kerana hujan di waktu siang
Awan mendung melitupi langit
Namun pemimpi mahu terus berharap

Walau arah tidak jelas
Langit malam dilitupi awan
Seorang diri tanpa orang tersayang
Kabulkan lah harapan pemimpi yang satu ini

Untuk pengubat duka di hati
Untuk mahu terus percaya pada harapan
Untuk penawar jiwa lara
Berikan kenangan di teratak ini
Kerana pemimpi tidak pasti bila akan kembali

Pimping Pemimpi
081213
11.46pm

Monday 29 July 2013

Lara Tari Pencinta

Bicaramu indah
Tutur katamu lembut
Setiap tingkahmu buat diri tidak keruan
Secebis senyuman buat hati jadi riang

Dan bila kau disisi
Aku tidak ingin bermimpi
Aku mahu realiti
Yang ada kamu

Aku mahu kau
Si penawar segala gundah
Si penyeri hidup kusam
Penyejuk mata, hati dan jiwa

Lara tari pencinta
Kongsikan lara mu bersamaku
Umpama tari yang menyerikan suasana
Pencinta yang menyimpan seribu perasaan

Kau adalah pencinta
Aku sudah hanyut dalam lara tari sang pencinta

Pimping Pemimpi
072913
11.38pm

Mimpi

Malam ini
Pemimpi ingin bermimpi
Bermimpi dalam tidur
Terlalu banyak bermimpi dikala jaga
Ingin mimpi di kala tidur

Cinta

Cinta
Kenangan pertemuan menggaris senyuman
Tidak manis cuma tak di sangka
Buat manusia percaya
Setiap pertemuan itu ada hikmahnya

Cinta
Tidak di kata hanya di rasa
Mungkin keliru dengan sayang
Tidak dapat bersama
Gembira hanya dengan bersua muka

Cinta
Diri jadi tamak
Kecewa bila melihat kau jadi milik yang lain
Namun masih berdiam
Biar aku lihat kau sahaja dari kejauhan

Cinta
Suara menyapa kau berada di perantauan
Terpisah kerana keadaan dan jarak
Jiwa remaja buat tak endah
Perpisahan itu juga ada hikmahnya

Sekian lama tidak bersua
Tiada khabar tiada cerita juga tiada perasaan
Terlintas di minda jiwa meronta ingin tahu
Ah! Aku hanya merindui teman lama
Tak perlu jumpa hanya ingin tahu perkhabaran

Pertemuan kembali tidak di sangka
Aku lupa yang kau pernah mengugat perasaan
Dan pertemuan semula membuka semua
Cerita, kisah dan alkisah hati yang tidak pernah terucap
Adakah ini pertemuan yang ada hikmah itu?

Cinta
Kita bertemu secara kebetulan dan terpisah kerana keadaan
Kini bertemu semula dan perasaan datang kembali
Kau bukanlah yang pertama
Sudikah kau jadi yang terakhir?

Pimping Pemimpi
072913
12.18am

Saturday 27 July 2013

Kembali

Kau lupa
Aku pemimpi
Pemimpi yang sentiasa khayal
Khayal dalam dunia ciptaan minda
Khayal dalam dunia yang aku inginkan

Dan bila aku sedar
Realiti mengigit hati
Merusak jiwa dan meluruhkan impian
Tapi aku tidak ingin berhenti
Berhenti untuk menjadi pemimpi

Biarkan aku begini
Menjadi pemimpi
Jangan ambil secebis kegembiraan yang aku ciptakan
Walau hanya ilusi
Walau hanya fiksi
Hanya itu penawar hati

Jangan kau bimbang
Aku masih sedar realiti
Aku masih mahu hidup di bumi yang nyata
Walau pedih aku tidak akan ragut nyawa ini
Aku sedar dalam duniaku
Badan ini aku yang punya
Hidup ini aku yang corakkan
Tapi tuhan yang memberi semua ini

Jangan kau gusar
Jangan kau tinggalkan aku
Walau kemana kaki melangkah
Aku pasti akan kembali
Hidup ini merupakan suatu perjalanan
Kepulangan infiniti
Tak kira kemana diri pergi
Aku pasti kembali padamu
Itu janji yang telah terpatri
Antara kau dan aku

Pimping Pemimpi
072713
11.15pm

Thursday 18 July 2013

Hidayah

Terlalu lama berteka-teki
Terlalu lama menyoal diri
Walau sedar tiada yang pasti
Maka hanyut dan sakit sendiri

Terlalu lama berfikir
Terlalu lama mempersoal
Namun tiada apa yang ku dapat
Hanya terus sakit dan kecewa dengan diri

Pada malam-malam yang buat aku tidak bisa lelap
Pada malam-malam yang hiba dalam persoalan
Hati sudah tekad
Pada ketika ini aku pasti akan kemahuan diri

Maafkan aku ayah
Aku selalu mengingkari
Selalu menyakiti
Dan kau hanya melihat dan menenangi diri
Sayang dan cintaku pasti
Kasihku padamu tidak akan berubah

Tuhan
Berikan aku kekuatan
Aku pasti apa yang aku inginkan
Kau berilah aku petunjuk dan bimbing lah aku

Tuhan
Berikan aku keyakinan
Melalui jalan hidup yang kau redhai
Aku yakin dengan hidayah ini

Pada teman-teman
Terimalah aku seadanya
Pada keluarga dan sanak saudara
Terimalah aku seadanya

Aku yakin dan pasti
Kuatkan hatiku
Kuatkan keyakinanku
Kuatkan imanku
Catatan ini jadi saksi
Bahawa aku ingin memulakan sesuatu dalam hidup
Langkah kecil yang sekian lama aku takuti
Berikan aku keberanian

Pimping Pemimpi
12.06am
081713

Wednesday 10 July 2013

Hilang

Pemimpi ditemani hujan mencurah.

Aku memilih untuk kembali
Kembali pada tempat diri membesar dan belajar
Aku lari seketika daripada kota
Meski kota punyai kusanya yang mampu buat aku berasa tenang
Bermandikan cahaya lampu dan kehinggaran kota
Namun kembali kesini untuk mencari arah tujuan hari esok
Dan hari-hari esok dan esok dan seterusnya

Aku telah tiba disebuah persimpangan
Persimpangan kehidupan
Matlamat untuk mencapai segulung ijazah hampir tercapai
Kini tiada matlamat lain yang aku ingin lakukan

Memang aku mudah hilang
Apa tujuan aku belajar?
Semestinya bukan kerana secebis pekerjaan
Mungkin hanya impian seorang egois yang degil

Kini aku hilang
Hilang arah tiada tujuan
Aku pulang untuk mencari ketenangan dan menyelami kehendak hati
Aku pasti punya impian lain
Dan aku  perlu cari sebelum aku terus hanyut

Benar aku akui
Semua ini memenatkan diri
Tanpa tujuan dan matlamat untuk dicapai
Tanpa membuat apa-apa
Ini semua melelahkan

Kembali lah untuk kusedari
Kembali lah agar jelas apa yang aku perlu lakukan
Jangan pergi terlalu lama
Aku perlu buat keputusan

100713
Pimping Pemimpi

Thursday 20 June 2013

Takut

Aku semakin hilang...
Memori silam datang menyerbu ingatan..
Air mata tidak lagi mampu dikekang..

Maafkan aku..
Aku tidak benci kamu
Aku cuma benci pada perpisahan kepada setiap pertemuan

Aku takut...
Hati ini tidak sebeku paparan wajah..
Hati jadi pilu bila mengenangkan pertemuan, detik bersama dan perpisahan..

Wahai hati dan perasaan..
Kalau kau sakit, cepatlah kau sembuh..
Kalau ko terluka, rawatlah luka itu..
Dan bila kau gembira, janganlah leka..

Pimping pemimp


Tuesday 16 April 2013

Doa

Aku ingin akhiri
keluh kesah yang tidak berpenghujung ini
kerana terlalu melayan perasaan
aku semakin hanyut dan ditelan arus deras
menunggu masa untuk tenggelam dan hilang

Aku perlu lebih tenang
aku hanya mampu berdoa pada tuhan
melalui Muhammad atau Jesus?
itu aku tidak pasti
aku hanya inginkan ketenangan dan ketabahan

Kata sahabat, doa itu tidak semestinya kena formal
berdoa dalam hati, meminta dengan ikhlas
minta petunjuk semoga diberi ketenangan
hanya dengan ketenangan segala masalah boleh diatasi
membantu minda untuk menjana penyelesaian
jangan dilayan perasaan melankolia ini
ini semua membunuh jiwa

Aku perlu menjadi lebih matang
jangan cepat kalut, jangan cepat mengamuk
itu semua hanya membawa kemusnahan
kepada jiwa dan tidak membantu dalam urusan

Tuhan
aku tahu kau lihat
aku tahu kau dengar
aku tidak minta kau hilangkan semua ini sekelip mata
kau berilah aku petunjuk
aku tahun kau beri dugaan ikut kemampuan insan
kau bimbinglah aku
aku sudah lemas dalam kesesatan

Pimping Pemimpi
04/16/13
1.41 am

Saturday 6 April 2013

Setelah

Kau masih buntu, Pemimpi.
Apa kau letak dalam kepalamu itu?

Apakah rasa ini?
Jiwa kosong, mendengar roda dua berkumandang.

Pemimpi gundah.
Rasa jiwa tidak sempurna.

Tiada inspirasi dan tiada arah.
Tiada rasa dan fikiran gundah.

Ini hanya luahan jiwa meronta.
Hanya ingin mengukir kata.

Selamat siang wahai malam.
Waktu Pemimpi untuk berkuasa.

Pimping
040613
12.05 am

Monday 18 March 2013

Festival Akustik Chak'A

Pemimpi hanya duduk disini.
Mendengar akustik daripada anak-anak seni.
Hanya mampu diam dan menghayati.
Mata memandang layar skrin telefon
Hati, telinga dan juga jiwa mendengar segalanya.
Ya, pemimpi masih berpura
Berpura tidak melayan segala amarah
Terima kasih atas akustik itu, jiwa lagi tenang dan tiada resah
Terima kasih pada suara merdu mendayu
Alunan irama menenangkan jiwa
Ya, aku perlu ini.
Ketenangan hati.
Kedamaian jiwa.
Santapan halwa telinga.

Pimping Pemimpi
18/03/13
9.34pm

Thursday 14 March 2013

Hanyut

Pemimpi hanyut di arus modenisasi. Bukan lalai, hanya mengikuti arus. Masih terumbang ambing mencari identiti. 
Pepatah melayu ada mengatakan, "sudah terang lagi bersuluh". Nyata dan jelas, cuma masih mahu bertanda tanya.
Identiti dan personaliti sudah terbina, cuma asas masih tidak kukuh. 

Agama. Masih lagi dibiarkan tidak ada pegangan. Percaya pada yang satu, namun mampu kah diri menunaikan tanggungjawab? Kiranya ajal datang menjemput, pasti roh tidak tenang. Mungkin juga tersiksa. Semakin hari semakin diragui keadaan diri. Hidayah? "Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang." Jika tidak dicari dan diselami, terus menutup mata hati dan minda, selama-lamanya akan tersesat dan mengurung diri dari fantasi yang bertopeng realiti.
Kau berilah aku peluang, jangan kau ambil nyawaku selagi banyak tanggungjawab yang aku belum selesaikan. Kau berilah aku peluang, untuk mencari, meminta dan menemui hidayah yang kau beri. Aku juga ingin kembali padamu setelah aku persiapkan dirimu. 
Ajal itu pasti datang, takdir itu kau sahaja yang nampak. Syukur atas hidup yang kau berikan. Aku bersyukur kerana masih bernafas. Kau lindungi insan-insan yang ku sayang. Tunjukkan jalan yang harus dilalui, terangi hati dan mata jiwa. Agar tidak lagi hanyut dalam kegelapan. 

Pimping Pemimpi
14/03/13

Tuesday 19 February 2013

Berubah

Wahai pemimpi, bicaramu penuh duka.
Menggambarkan hati yang sedang lara dan emosi yang sentiasa berubah.
Apa kau mahu sang pemimpi.
Mana perginya senyuman riang?
Muka yang garang bertambah masam.
Setiap hari membawa hati dan emosi yg berubah-rubah.

Pemimpi tenggelam dalam kesibukkan dunia.
Ingin melirik senyuman, namun gagal muka tidak berperasaan.
Dan aku pula mengeluh.
Mengeluh bukan kerana susah.
Tapi beban dunia pada hati dan minda.
Aku tersekat dalam dunia ini.
Aku tiada siapa-siapa yang ingin aku berkeluh kesah.
Dan aku tidak ingin mencarinya.
Kerana bimbang hati akan terluka dan cenderung melukai.
Tabahlah pemimpi, kau pasti dapat apa yang kau cari.
Temui apa yang kau ingin jumpa.
Dan menghadapi kehidupan dengan izin tuhan.

Pimping

Sunday 17 February 2013

Kecewa

Aku rasa hilang dan bersalah
Mengapa aku tidak dapat menyatakan apa sebenarnya yang berlaku
Aku tidak ingin menyakitimu
Kerana aku tahu aku juga akan sedih dan kecewa

Begitu cepat hati berubah
Siapa sangka aku akan tetap memilihnya
Maafkan aku kerana memberi harapan
Maafkan aku kerana terlalu selesa

Setiap katamu bagai menerobos ke dalam liang jiwa
Katamu indah dan kau mendamaikan jiwa
Namun hati dan akal lebih kuat mendesak
Aku perlu perhatian yang kau tidak mampu berikan
Aku perlu masa yang kau sendiri kekurangan
Kau ada kasih sayang dan belaian 
Kau punya impian dan harapan
Dan kau punya sesuatu yang aku takutkan

Sebelum aku mengucap selamat tinggal
Izinkan aku mengumpul kekuatan
Aku tidak mampu mengatakannya sekarang
Terlalu berat dan aku takut aku tidak mampu menanggung kecewa
Pelik bukan?
Aku mengecewakan kamu tapi aku yang kecewa
Izinkanlah..

Pimping

Meronta

Pemimpi di siang hari. 

Jiwa meronta ingin bebas
Bebas dari topeng-topeng yang berat menyaluti diri
Anak kecil yang terkongkong dalam jiwa
Meraung ingin dilepaskan

Maaf
Ego lebih berat menguasai
Aku punya anak kecil dalam diri 
Dan akan ku berikan pada siapa yang mampu memahaminya

Lalu aku pun hanya mampu terdiam
Membiarkan jiwa meronta
Aku masih lagi senyap
Kerana kau tiada disini

Pimping

Friday 15 February 2013

Pemimpi lemah

Pemimpi kembali bermonolog.
Monolog dalaman di ruang yang terpencil dari manusia yang pelbagai  perangai dan identiti.

Duduknya aku disini untuk menenangkan hati
Hati yang galau itu masih belum mahu pergi
Semakin aku cuba lari
Semakin laju ia menggamit dan menerobos kedalam sudut-sudut hati

Ku cuba rasionali diri
Katakan pada minda dan hati ini adalah normal
Namun normal itu sendiri terasa asing pada diri
Apakah bencana yang telah bergolak dalam hati?

Rasa sayu dan hiba lantas menguasai
Perih dan luluh semakin memedih
Cuma air mata yang hanya bisa bertahan
Ingin ku lepaskan ia tidak mahu mengalir

Kau mungkin kata aku ini suka berdrama
Tapi tidak mengapa
Aku ada hati dan perasaan seperti manusia biasa
Cuma kalian mungkin tidak lagi merasa seperti ini

Catatan pemimpi menjadi tempat aku berkeluh kesah
Kata yang tidak mampu ku zahirkan pada manusia
Hanya pada maya yang kosong ku mampu huraikan
Perasaan galau dan gelisah tiada sudah

Selamat malam dunia maya
Selamat malam pada manusia
Moga hari esok aku semakin tabah
Jangan aku rebah dan mengalah pada kehidupan

Pimping

Thursday 14 February 2013

Hari pertama, hari rabu


Catatan Pemimpi diteruskan. 

Melihat pada sekeliling, aku jadi galau. 
Siapa mereka dan siapa aku?
Perlukah aku peduli atau aku perlu abaikan sahaja.
Aku mengeluh lagi.
Diri terasa kekok untuk bersuara
Juga rasa hambar berdiam
Aku tidak ingin berpura, juga tidak ingin sendirian.
Ini semua dunia
Dunia yang bulat
Terus berputar.

Pimping
13/02/2013
12.38pm

Kisah bermula

Semua ini bermula daripada perjalanan menuju ke Pulau Pinang. 

Aku duduk melayan perasaan dan menikmati pemandangan malam. Ya, mungkin keadaan gelap ini menghadkan penglihatan namun ia memberi aku ruang untuk merenung kembali kehidupan. Aku hanya seorang manusia, aku ingin luahkan perasaan. Aku lebih selesa menulis begini. Biar kuceritakan hati dan perasaan ku pada maya. Aku banyak tuliskan pada kertas namun ada yang hilang dan aku rasa turut hilang bersama coretan itu.

Aku punya cita-cita ingin menulis novel. Tapi aku bukan seorang penyabar dan aku hanya ingin menulis pasal pandangan diriku. Aku ingin menulis puisi, tapi aku tidak pandai berbahasa indah dan kata-kata ku paparan luaran.  

Aku masih mencari identiti diri, masih belajar membuka fikiran. Biarkan aku menulis dari perasaanku yang tidak mampu ku luahkan atau zahirkan pada manusia. 

Inilah permulaannya, Catatan Pemimpi.

Pimping
12/02/2013
10.30pm