Saturday 27 July 2013

Kembali

Kau lupa
Aku pemimpi
Pemimpi yang sentiasa khayal
Khayal dalam dunia ciptaan minda
Khayal dalam dunia yang aku inginkan

Dan bila aku sedar
Realiti mengigit hati
Merusak jiwa dan meluruhkan impian
Tapi aku tidak ingin berhenti
Berhenti untuk menjadi pemimpi

Biarkan aku begini
Menjadi pemimpi
Jangan ambil secebis kegembiraan yang aku ciptakan
Walau hanya ilusi
Walau hanya fiksi
Hanya itu penawar hati

Jangan kau bimbang
Aku masih sedar realiti
Aku masih mahu hidup di bumi yang nyata
Walau pedih aku tidak akan ragut nyawa ini
Aku sedar dalam duniaku
Badan ini aku yang punya
Hidup ini aku yang corakkan
Tapi tuhan yang memberi semua ini

Jangan kau gusar
Jangan kau tinggalkan aku
Walau kemana kaki melangkah
Aku pasti akan kembali
Hidup ini merupakan suatu perjalanan
Kepulangan infiniti
Tak kira kemana diri pergi
Aku pasti kembali padamu
Itu janji yang telah terpatri
Antara kau dan aku

Pimping Pemimpi
072713
11.15pm

No comments:

Post a Comment