Wednesday 23 March 2016

Bicara diri

Ironi
Sungguh ironi
Apa sebenarnya yang kau mahu?
Ku ulang kembali
Apa yang kau mahu daripada aku?

Saat ini
Aku hanya mampu ketawa
Permainan apa kah ini?
Kau jadi kalut bila aku serius
Aku tersilap menafsir niat yang kau sampaikan

Telah ku pesan pada diri
Hati-hati jangan terjebak lagi
Dan kini aku semakin merasai
Kau mahu aku serius
Adakah sekadar mengocak hati?

Aku tidak suka bertanya sendiri
Perasaan yang datang memakan diri
Setiap hari jiwa jadi resah
Ketenangan itu sudah goyah
Jangan kau datang jika sekadar mengisi masa

Kau tahu aku tidak mahu terus begini
Telah ku khabarkan perasaan bergelora
Kau galak menikam jiwa
Mungkinkah aku akan rebah menyembah bumi
Atau aku akan pergi menjauh diri

Kuatlah wahai hati
Ku tahu kau kosong 
Akan ku bina minda supaya kukuh
Agar mampu berdiri sendiri
Jangan bergantung pada kehendak dia

Kala ini
Akan ku biarkan air mata berderai

-pimpingpemimpi-
12.47 am
032316