apa rasa dipinggirkan?
sedih? perit? atau luka?
semua
ironi kehidupan
semakin cuba mendekati diri
semakin jauh disisihkan
mungkin silap diri sendiri
tidak pernah mahu bersosial dan mendekatkan diri
tapi sakit bila semua mulai menjauhkan diri
mungkin patut kekal sendiri
kerana semakin mendekati
semakin dijauhi
kamu manusia yang kompleks
bila tidak di cari akan mendekati
bila di dekati kamu tidak peduli
mungkin juga terlalu emosi
ya, sudah biasa begini bukan?
dan kerana itu aku tidak ingin peduli
mengapa harus mengejar jika dijauhi
mengapa harus mencari jika terus disisih
terima kasih kalian
nampaknya kamu semua hanyalah ilusi
selamat tinggal kawan
mungkin kita hanya kenalan
pimpingpemimpi
051914
3.28am