Monday 18 March 2013

Festival Akustik Chak'A

Pemimpi hanya duduk disini.
Mendengar akustik daripada anak-anak seni.
Hanya mampu diam dan menghayati.
Mata memandang layar skrin telefon
Hati, telinga dan juga jiwa mendengar segalanya.
Ya, pemimpi masih berpura
Berpura tidak melayan segala amarah
Terima kasih atas akustik itu, jiwa lagi tenang dan tiada resah
Terima kasih pada suara merdu mendayu
Alunan irama menenangkan jiwa
Ya, aku perlu ini.
Ketenangan hati.
Kedamaian jiwa.
Santapan halwa telinga.

Pimping Pemimpi
18/03/13
9.34pm

Thursday 14 March 2013

Hanyut

Pemimpi hanyut di arus modenisasi. Bukan lalai, hanya mengikuti arus. Masih terumbang ambing mencari identiti. 
Pepatah melayu ada mengatakan, "sudah terang lagi bersuluh". Nyata dan jelas, cuma masih mahu bertanda tanya.
Identiti dan personaliti sudah terbina, cuma asas masih tidak kukuh. 

Agama. Masih lagi dibiarkan tidak ada pegangan. Percaya pada yang satu, namun mampu kah diri menunaikan tanggungjawab? Kiranya ajal datang menjemput, pasti roh tidak tenang. Mungkin juga tersiksa. Semakin hari semakin diragui keadaan diri. Hidayah? "Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang." Jika tidak dicari dan diselami, terus menutup mata hati dan minda, selama-lamanya akan tersesat dan mengurung diri dari fantasi yang bertopeng realiti.
Kau berilah aku peluang, jangan kau ambil nyawaku selagi banyak tanggungjawab yang aku belum selesaikan. Kau berilah aku peluang, untuk mencari, meminta dan menemui hidayah yang kau beri. Aku juga ingin kembali padamu setelah aku persiapkan dirimu. 
Ajal itu pasti datang, takdir itu kau sahaja yang nampak. Syukur atas hidup yang kau berikan. Aku bersyukur kerana masih bernafas. Kau lindungi insan-insan yang ku sayang. Tunjukkan jalan yang harus dilalui, terangi hati dan mata jiwa. Agar tidak lagi hanyut dalam kegelapan. 

Pimping Pemimpi
14/03/13