Monday 29 July 2013

Lara Tari Pencinta

Bicaramu indah
Tutur katamu lembut
Setiap tingkahmu buat diri tidak keruan
Secebis senyuman buat hati jadi riang

Dan bila kau disisi
Aku tidak ingin bermimpi
Aku mahu realiti
Yang ada kamu

Aku mahu kau
Si penawar segala gundah
Si penyeri hidup kusam
Penyejuk mata, hati dan jiwa

Lara tari pencinta
Kongsikan lara mu bersamaku
Umpama tari yang menyerikan suasana
Pencinta yang menyimpan seribu perasaan

Kau adalah pencinta
Aku sudah hanyut dalam lara tari sang pencinta

Pimping Pemimpi
072913
11.38pm

Mimpi

Malam ini
Pemimpi ingin bermimpi
Bermimpi dalam tidur
Terlalu banyak bermimpi dikala jaga
Ingin mimpi di kala tidur

Cinta

Cinta
Kenangan pertemuan menggaris senyuman
Tidak manis cuma tak di sangka
Buat manusia percaya
Setiap pertemuan itu ada hikmahnya

Cinta
Tidak di kata hanya di rasa
Mungkin keliru dengan sayang
Tidak dapat bersama
Gembira hanya dengan bersua muka

Cinta
Diri jadi tamak
Kecewa bila melihat kau jadi milik yang lain
Namun masih berdiam
Biar aku lihat kau sahaja dari kejauhan

Cinta
Suara menyapa kau berada di perantauan
Terpisah kerana keadaan dan jarak
Jiwa remaja buat tak endah
Perpisahan itu juga ada hikmahnya

Sekian lama tidak bersua
Tiada khabar tiada cerita juga tiada perasaan
Terlintas di minda jiwa meronta ingin tahu
Ah! Aku hanya merindui teman lama
Tak perlu jumpa hanya ingin tahu perkhabaran

Pertemuan kembali tidak di sangka
Aku lupa yang kau pernah mengugat perasaan
Dan pertemuan semula membuka semua
Cerita, kisah dan alkisah hati yang tidak pernah terucap
Adakah ini pertemuan yang ada hikmah itu?

Cinta
Kita bertemu secara kebetulan dan terpisah kerana keadaan
Kini bertemu semula dan perasaan datang kembali
Kau bukanlah yang pertama
Sudikah kau jadi yang terakhir?

Pimping Pemimpi
072913
12.18am

Saturday 27 July 2013

Kembali

Kau lupa
Aku pemimpi
Pemimpi yang sentiasa khayal
Khayal dalam dunia ciptaan minda
Khayal dalam dunia yang aku inginkan

Dan bila aku sedar
Realiti mengigit hati
Merusak jiwa dan meluruhkan impian
Tapi aku tidak ingin berhenti
Berhenti untuk menjadi pemimpi

Biarkan aku begini
Menjadi pemimpi
Jangan ambil secebis kegembiraan yang aku ciptakan
Walau hanya ilusi
Walau hanya fiksi
Hanya itu penawar hati

Jangan kau bimbang
Aku masih sedar realiti
Aku masih mahu hidup di bumi yang nyata
Walau pedih aku tidak akan ragut nyawa ini
Aku sedar dalam duniaku
Badan ini aku yang punya
Hidup ini aku yang corakkan
Tapi tuhan yang memberi semua ini

Jangan kau gusar
Jangan kau tinggalkan aku
Walau kemana kaki melangkah
Aku pasti akan kembali
Hidup ini merupakan suatu perjalanan
Kepulangan infiniti
Tak kira kemana diri pergi
Aku pasti kembali padamu
Itu janji yang telah terpatri
Antara kau dan aku

Pimping Pemimpi
072713
11.15pm

Thursday 18 July 2013

Hidayah

Terlalu lama berteka-teki
Terlalu lama menyoal diri
Walau sedar tiada yang pasti
Maka hanyut dan sakit sendiri

Terlalu lama berfikir
Terlalu lama mempersoal
Namun tiada apa yang ku dapat
Hanya terus sakit dan kecewa dengan diri

Pada malam-malam yang buat aku tidak bisa lelap
Pada malam-malam yang hiba dalam persoalan
Hati sudah tekad
Pada ketika ini aku pasti akan kemahuan diri

Maafkan aku ayah
Aku selalu mengingkari
Selalu menyakiti
Dan kau hanya melihat dan menenangi diri
Sayang dan cintaku pasti
Kasihku padamu tidak akan berubah

Tuhan
Berikan aku kekuatan
Aku pasti apa yang aku inginkan
Kau berilah aku petunjuk dan bimbing lah aku

Tuhan
Berikan aku keyakinan
Melalui jalan hidup yang kau redhai
Aku yakin dengan hidayah ini

Pada teman-teman
Terimalah aku seadanya
Pada keluarga dan sanak saudara
Terimalah aku seadanya

Aku yakin dan pasti
Kuatkan hatiku
Kuatkan keyakinanku
Kuatkan imanku
Catatan ini jadi saksi
Bahawa aku ingin memulakan sesuatu dalam hidup
Langkah kecil yang sekian lama aku takuti
Berikan aku keberanian

Pimping Pemimpi
12.06am
081713

Wednesday 10 July 2013

Hilang

Pemimpi ditemani hujan mencurah.

Aku memilih untuk kembali
Kembali pada tempat diri membesar dan belajar
Aku lari seketika daripada kota
Meski kota punyai kusanya yang mampu buat aku berasa tenang
Bermandikan cahaya lampu dan kehinggaran kota
Namun kembali kesini untuk mencari arah tujuan hari esok
Dan hari-hari esok dan esok dan seterusnya

Aku telah tiba disebuah persimpangan
Persimpangan kehidupan
Matlamat untuk mencapai segulung ijazah hampir tercapai
Kini tiada matlamat lain yang aku ingin lakukan

Memang aku mudah hilang
Apa tujuan aku belajar?
Semestinya bukan kerana secebis pekerjaan
Mungkin hanya impian seorang egois yang degil

Kini aku hilang
Hilang arah tiada tujuan
Aku pulang untuk mencari ketenangan dan menyelami kehendak hati
Aku pasti punya impian lain
Dan aku  perlu cari sebelum aku terus hanyut

Benar aku akui
Semua ini memenatkan diri
Tanpa tujuan dan matlamat untuk dicapai
Tanpa membuat apa-apa
Ini semua melelahkan

Kembali lah untuk kusedari
Kembali lah agar jelas apa yang aku perlu lakukan
Jangan pergi terlalu lama
Aku perlu buat keputusan

100713
Pimping Pemimpi