Wednesday 10 July 2013

Hilang

Pemimpi ditemani hujan mencurah.

Aku memilih untuk kembali
Kembali pada tempat diri membesar dan belajar
Aku lari seketika daripada kota
Meski kota punyai kusanya yang mampu buat aku berasa tenang
Bermandikan cahaya lampu dan kehinggaran kota
Namun kembali kesini untuk mencari arah tujuan hari esok
Dan hari-hari esok dan esok dan seterusnya

Aku telah tiba disebuah persimpangan
Persimpangan kehidupan
Matlamat untuk mencapai segulung ijazah hampir tercapai
Kini tiada matlamat lain yang aku ingin lakukan

Memang aku mudah hilang
Apa tujuan aku belajar?
Semestinya bukan kerana secebis pekerjaan
Mungkin hanya impian seorang egois yang degil

Kini aku hilang
Hilang arah tiada tujuan
Aku pulang untuk mencari ketenangan dan menyelami kehendak hati
Aku pasti punya impian lain
Dan aku  perlu cari sebelum aku terus hanyut

Benar aku akui
Semua ini memenatkan diri
Tanpa tujuan dan matlamat untuk dicapai
Tanpa membuat apa-apa
Ini semua melelahkan

Kembali lah untuk kusedari
Kembali lah agar jelas apa yang aku perlu lakukan
Jangan pergi terlalu lama
Aku perlu buat keputusan

100713
Pimping Pemimpi

No comments:

Post a Comment