Tuesday 19 February 2013

Berubah

Wahai pemimpi, bicaramu penuh duka.
Menggambarkan hati yang sedang lara dan emosi yang sentiasa berubah.
Apa kau mahu sang pemimpi.
Mana perginya senyuman riang?
Muka yang garang bertambah masam.
Setiap hari membawa hati dan emosi yg berubah-rubah.

Pemimpi tenggelam dalam kesibukkan dunia.
Ingin melirik senyuman, namun gagal muka tidak berperasaan.
Dan aku pula mengeluh.
Mengeluh bukan kerana susah.
Tapi beban dunia pada hati dan minda.
Aku tersekat dalam dunia ini.
Aku tiada siapa-siapa yang ingin aku berkeluh kesah.
Dan aku tidak ingin mencarinya.
Kerana bimbang hati akan terluka dan cenderung melukai.
Tabahlah pemimpi, kau pasti dapat apa yang kau cari.
Temui apa yang kau ingin jumpa.
Dan menghadapi kehidupan dengan izin tuhan.

Pimping

Sunday 17 February 2013

Kecewa

Aku rasa hilang dan bersalah
Mengapa aku tidak dapat menyatakan apa sebenarnya yang berlaku
Aku tidak ingin menyakitimu
Kerana aku tahu aku juga akan sedih dan kecewa

Begitu cepat hati berubah
Siapa sangka aku akan tetap memilihnya
Maafkan aku kerana memberi harapan
Maafkan aku kerana terlalu selesa

Setiap katamu bagai menerobos ke dalam liang jiwa
Katamu indah dan kau mendamaikan jiwa
Namun hati dan akal lebih kuat mendesak
Aku perlu perhatian yang kau tidak mampu berikan
Aku perlu masa yang kau sendiri kekurangan
Kau ada kasih sayang dan belaian 
Kau punya impian dan harapan
Dan kau punya sesuatu yang aku takutkan

Sebelum aku mengucap selamat tinggal
Izinkan aku mengumpul kekuatan
Aku tidak mampu mengatakannya sekarang
Terlalu berat dan aku takut aku tidak mampu menanggung kecewa
Pelik bukan?
Aku mengecewakan kamu tapi aku yang kecewa
Izinkanlah..

Pimping

Meronta

Pemimpi di siang hari. 

Jiwa meronta ingin bebas
Bebas dari topeng-topeng yang berat menyaluti diri
Anak kecil yang terkongkong dalam jiwa
Meraung ingin dilepaskan

Maaf
Ego lebih berat menguasai
Aku punya anak kecil dalam diri 
Dan akan ku berikan pada siapa yang mampu memahaminya

Lalu aku pun hanya mampu terdiam
Membiarkan jiwa meronta
Aku masih lagi senyap
Kerana kau tiada disini

Pimping

Friday 15 February 2013

Pemimpi lemah

Pemimpi kembali bermonolog.
Monolog dalaman di ruang yang terpencil dari manusia yang pelbagai  perangai dan identiti.

Duduknya aku disini untuk menenangkan hati
Hati yang galau itu masih belum mahu pergi
Semakin aku cuba lari
Semakin laju ia menggamit dan menerobos kedalam sudut-sudut hati

Ku cuba rasionali diri
Katakan pada minda dan hati ini adalah normal
Namun normal itu sendiri terasa asing pada diri
Apakah bencana yang telah bergolak dalam hati?

Rasa sayu dan hiba lantas menguasai
Perih dan luluh semakin memedih
Cuma air mata yang hanya bisa bertahan
Ingin ku lepaskan ia tidak mahu mengalir

Kau mungkin kata aku ini suka berdrama
Tapi tidak mengapa
Aku ada hati dan perasaan seperti manusia biasa
Cuma kalian mungkin tidak lagi merasa seperti ini

Catatan pemimpi menjadi tempat aku berkeluh kesah
Kata yang tidak mampu ku zahirkan pada manusia
Hanya pada maya yang kosong ku mampu huraikan
Perasaan galau dan gelisah tiada sudah

Selamat malam dunia maya
Selamat malam pada manusia
Moga hari esok aku semakin tabah
Jangan aku rebah dan mengalah pada kehidupan

Pimping

Thursday 14 February 2013

Hari pertama, hari rabu


Catatan Pemimpi diteruskan. 

Melihat pada sekeliling, aku jadi galau. 
Siapa mereka dan siapa aku?
Perlukah aku peduli atau aku perlu abaikan sahaja.
Aku mengeluh lagi.
Diri terasa kekok untuk bersuara
Juga rasa hambar berdiam
Aku tidak ingin berpura, juga tidak ingin sendirian.
Ini semua dunia
Dunia yang bulat
Terus berputar.

Pimping
13/02/2013
12.38pm

Kisah bermula

Semua ini bermula daripada perjalanan menuju ke Pulau Pinang. 

Aku duduk melayan perasaan dan menikmati pemandangan malam. Ya, mungkin keadaan gelap ini menghadkan penglihatan namun ia memberi aku ruang untuk merenung kembali kehidupan. Aku hanya seorang manusia, aku ingin luahkan perasaan. Aku lebih selesa menulis begini. Biar kuceritakan hati dan perasaan ku pada maya. Aku banyak tuliskan pada kertas namun ada yang hilang dan aku rasa turut hilang bersama coretan itu.

Aku punya cita-cita ingin menulis novel. Tapi aku bukan seorang penyabar dan aku hanya ingin menulis pasal pandangan diriku. Aku ingin menulis puisi, tapi aku tidak pandai berbahasa indah dan kata-kata ku paparan luaran.  

Aku masih mencari identiti diri, masih belajar membuka fikiran. Biarkan aku menulis dari perasaanku yang tidak mampu ku luahkan atau zahirkan pada manusia. 

Inilah permulaannya, Catatan Pemimpi.

Pimping
12/02/2013
10.30pm