Tuesday 14 July 2015

Terkurung Diri

Aku selalu berfikir
Apakah kesudahan cerita ini
Apa perkembangan dalam cerita ini
Watak utama masih aku
Tapi adakah kau yang akan berada disisi?

Aku bertanya setiap hari
Masih adakah perasaan sayang itu
Masih adakah cinta dalam hati
Perasaan kau dan aku
Adakah masih di paksi yang sama?

Aku faham kau punya kekangan
Tapi aku juga tidak mampu menipu diri
Kalau kau tanya apa perasaan aku ketika ini
Aku hanya kecewa kerana aku sudah tidak merasa seperti dulu
Benarkah tiada lagi perasaan sayang dalam diri ini?

Mungkin kerana jarak ini
Kita terlalu jauh dan tiada bicara yang kita mampu ucapkan
Aku juga merasa kau sudah tidak berusaha
Adakah kita terlalu yakin antara satu sama lain 
Sehingga perasaan ini pudar tanpa disedari?

Walaupun kita sering berjauhan
Perasaan aku tidak pernah sepudar ini
Telah aku khabarkan tentang hati yang telah mati rasa
Kau cuma diam tanpa berkata apa-apa
Aku cuba memahami dan menahan diri
Tapi sampai bila harus begini?

Masa sudah semakin suntuk
Ku harap perasaan ini tidak akan menjadi benci
Dan kuharap kau mampu hidupkan kembali perasaan ini
Terpulang

Akan kujaga hati, akal dan tingkah laku 
Jangan kau terus berdiam dan membatu diri
Jika kau mahu, buktikanlah
Hidupkan kembali perasaan ini
Jika kita tiada masa depan bersama
Ku harap kita mampu melepaskan diri masing-masing

Pimping Pemimpi
071415
2.24 am

P/S: mungkin kau menganggap aku terlalu mudah sehingga kau tidak mahu berusaha. Adakah perasaan ini akan mati? Aku terdiam sepi masih bertanya pada diri.

No comments:

Post a Comment