Friday 24 July 2015

Pergolakkan


Hati dan akal
Aku punya hati - perasaan
Aku punya akal - rasional
Aku mahu perasaan yang rasional

Setiap kali aku cuba merasionalkan perasaan
Aku akan menghanyutkan diri
Fikiran bercelaru 
Aku mulai sesak sendiri

Setiap kali perasaan gundah
Aku akan guna akal agar tidak rebah
Walau zahir tampak gah
Batin meronta agar tidak hancur

Aku masih bersyukur akan keteguhan akal
Aku tahu akan kekuatan hati yang meronta
Dan aku tahu aku perlu buat keputusan
Keputusan diantara akal dan perasaan

Tuhan
Tunjukkan aku jalan yang kau redhai
Pasti kau tahu siapa yang aku perlukan
Aku sendiri tidak tahu siapa yang aku mahukan

Berikan aku petunjuk dan arah
Aku buntu dengan perasaan
Aku jadi marah pada diri
Aku nangis sendiri

-pimpingpemimpi-
072415
2.49am

No comments:

Post a Comment