Thursday 23 July 2015

Aku, kau dan dia


Kau atau dia?
Kau adalah cinta
Dia adalah rasa
Dan aku mau kedua-duanya

Hati selalu tertanya
Masihkah ada cinta?
Kerana hanya rasa yang ada dalam dada
Di depan mata

Walau rasa di depan mata
Namun akal pantas menidakkan
Mungkin ini hanya sementara
Dan mungkin dia seperti aku

Aku selalu bertanya pada diri
Apa sebenarnya aku inginkan?
Aku ingin rasa daripada kau?
Atau aku ingin cinta daripada dia?

Kau jauh di mata dan semakin menjauh di hati
Dia di depan mata dan selalu membuat kacau di hati
Jujur aku katakan
Aku ingin cinta dan rasa kembali bersama

Kau punya cinta yang aku mahu
Dia punya rasa yang aku inginkan
Siapakah yang mempunyai cinta dan rasa?
Kau atau dia?

Aku memang tamak
Biar aku terus mencari kedua-duanya
Aku tak ingin cinta tanpa rasa
Dan aku tak ingin rasa tanpa cinta

Aku mungkin akan terus bertanya
Apakah kesudahan aku, kau dan dia

-pimpingpemimpi-
072315
2.43 am

No comments:

Post a Comment